Monday, April 26, 2010

KAMBING UNTUK DIJUAL

Salam..
kambing2 dibwh adalah untuk dijual..
harga semua rm1900
5 betina dewasa
sepasang anak 8 bulan
seekor anak jantan 2 bulan..
jualan kambing akikah dan qurban masih berjalan seperti biasa
call me 0124356257

Sunday, April 25, 2010

my kambing 3

dewasa 4..ibu kepada sepasang anak yg 8 bulan tu..

dewasa 5..ibu kepada anak jantan 2 bulan..1st time melahirkan..

my kambing 2

betina dewasa 1..nmpk gaya mcm bunting..

dewasa betina 2..nipun mcm bunting..


betina dewasa..kurus sikit..belum cucuk ubat cacing..

my kambing


betina 8 bulan

jantan 8 bulan


anak jantan 2 bulan



Monday, November 16, 2009

KESIHATAN KAMBING 1





Kambing sakit
1.Monyok dan kelihatan tak bermaya.
2.Tidak mahu makan.
3.Mengasingkan diri
4.Mengembek.
5.Najis tidak bulat
6.Bulu meremang dan kering.
7.Kurus kering


Kambing sihat
1.Segak dan cergas
2.Berselera makan
3.Berada dlm kumpulan
4.Najis keras dan bulat.
5.Biasa.
6.Bulu berkilat dan licin
7.Tidak kurus.

PENYAKIT PURU
Contagious Ecthyma (Penyakit Puru)

Penyakit puru disebabkan oleh sejenis Virus.Ia biasanya menjangkiti anak kambing dan mengakibatkan anak kambing kurus dan lemah kerana susah untuk makan.
-Terdapat gelembung yang megandungi air pada bahagian kulit lembut,mulut,gusi dan juga bibir.
-Apabila gelembung pecah ia akan menjadi keruping dan kadang kala merekah berdarah.
-Selain dari bahagian mulut terdapat juga di bahagian kaki terutama di celah celah jari.


Pencegahan

1.Memberi Veksin kepada ternakan semasa berumur 3 minggu ke sebulan dan sekali lagi pada umur 3 ke 4 bulan selepas suntikan pertama.Veksin boleh di perolehi di Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
2.Mengasingkan anak kambing yang sudah kena penyakit untuk menjauhi dari gelembung yang nak pecah.
3.Pada ternakan yang berpenyakit,luka mestilah di bersihkan dan buangkan keruping sehingga bekas keruping berdarah.Sapukan dengan ioidine atau ‘Gentian Violet(Ubat Biru)


Rawatan

•Kikis keruping sehingga terkeluar dan berdarah
•Boleh digunakan Gentian Violet dan sapu pada kawasan yang dikikis tadi.
•Iodine dan Gusanex Spray boleh juga digunakan.
•Suntika antibiotik jika perlu.
•Ulangan sehingga sembuh


KEMBONG PERUT

Kembung(Tympany)

Kembung terjadi disebabkan pembesaran rumen dan retikulum kerana terdapat Gas(Angin)di Abdomen kiri. Keadaan ini disebabkan oleh bahan yang mengandungi tinggi nitrogen seperi baja yg banyak pada pasture,makan daun ubi, atau nangka terlalu banyak dan makan kekacang terlalu banyak.


Tanda Klinikal

•Mengeluarkan air liur
•Perut buncit terutama di sebelah kiri.
•Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk.
•Keadaan yang gelisah,mengembek dan kerap membuang kencing.
•Ternakan menjadi sesak nafas


Pencegahan

1.Membetulkan pengurusan seperti mengurangkan memberi kekacang dan bahan yang megandungi kandungan nitrogen tinggi.
2.Memelihara pedok supaya tidak lebih 50% tumbuhan kekacang.
3.Melebihkan pemberian rumput,
4.Jemur dahulu daun ubi sebelum memberi makan pada kambing.
5.Baja pedok ikut sukatan yg betul.

Rawatan

1.Memberi makan minyak kacang.
2.Minyak sayur/minyak jagung
3.Bloat Remedy.Dapatkan di Pej Haiwan atau Kedai Veterinar.
4.Tebuk perut di sebelah kiri di bahagian tiga segi degan menggunakan Troca canulla.
5.Hubungi jabatan haiwan untuk rawatan.


SELSEMA

Penyakit selesema(Pneumonia)

Batuk basah adalah tanda awal penyakit. Disebabkan serangan bakteria,ketika dlm keadaan stress seperti kesejukan, pengudaraan kurang baik


Tanda Klinikal
•Tak ceria dan mengasingkan diri
•Lemah dan tak berdaya.
•Menjadi kurus.
•Pernafasan cepat.
•Kadang kala bunyi batuk
•Bendalir keluar dari hidung(Hingus/Cecair/pekat)

Pencegahan.

1.Asingkan supaya tidak berjangkit.
2.Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab.
3.Elakkan tempias hujan di kandang.
4.Kurangkan jumlah kambing di petak.
5.Buang najis ternakan di bawah kandang

Rawatan

•Asingkan ternakan yang sakit.
•Anti stress dalam minuman.
•Suntikan antibiotik dan Ubatan berkaitan sistem pernafasan
•Tempatkan kambing dikawasan yang kering


CIRIT BIRIT

Diarrhoea (cirit-cirit)


Cirit birit ini munkin disebabkan oleh beberapa pekara seperti:
Penyakit
1.Cacing
2.Protozoa(koksidia)
3.Bacteria
4.Protozoa
5.Virus
Pengurusan
1.Makan terlebih
2.Kebersihan susu,alatan,pekerja
3.Bancuhan susu tak sesuai
4.Makanan tak sesuai
5Kekurangan copper dan cobalt
6.Keracunan.

Tanda tanda Klinikal

-Berak cair(Diarrheoa)
-Dhydration(Kekurangan Air)
-Sakit di bahagian Abdomen
-Septecaemia,Toxaemia
-Pyrexia(Suhu naik)
-Lemah dan lesu
-Anorexia(Kurang selera)
-Berat badan berkurangan.
-Kematian jika tidak diberi rawatan sesuai.


Perubahan kepada najis

-Keadaan najis-cair, lembik dan keras.
-Bau yang berlainan
-Perubahan warna najis-Merah, hitam,kuning,putih hijau,coklat dan lain2.
**Jika cirit disebabkan faktor pengurusan tiada terdapat perubahan suhu.sebaliknya jika disebabkan oleh mikroorganisma,maka terdapat perubahan pada suhu.

Cara membuat Diagnosa

penelitian tentang latar belakang kes serta pemeriksaan klinikal yang rapi terhadap ternakan.
-Keadaan perubahan kepada najis.
-Megambil contoh yang sesuai seperti calitan najis,kikisan rektal,serum dan sumber makanan.
-Kaitan perubahan suhu dengan cirit.

Rawatan

Memberi banyak air terutama yang megandungi glukus.
-Memberi ubat megurangkan cirit seperti koalin.
-ubat cacing.
-Memberi makanan yang betul
-Pengurusan kandang yang bersih.
-Pengunaan antibiotik yang sesuai.
-Pemberian cecair elektrolyte dgn kadar yang betul dgn dehydration.
-Ubat pembunuh protozoa.
-Memberi metabolic stimulant atau haematinic untuk megembalikan selera makan.
-Asingkan ternakan yang sakit.
-Memberti veksin eg salmonella,E.Coli veksin.










Saturday, November 7, 2009

TANAM ATAU TABUR?


Samada tanam atau tabur yg mana yg lbh mndtgkan hasil maksima..

Aku baru cuba tanam musim ni..yg pastinya kos tanam jauh lbh tinggi dr tabur terus..hasilnya blm tau..insyaAllah 2jan2010 padi sdh blh dituai dan hasilnya akan menentukan mana yg lbh baik dr segi kos efektif..

walaubagaimanapun msh terdapat bbrp aspek yg aku blm btl2 puas hati..perkara2 ni la yg blh menjejaskan hasil nanti..namun itulah harga yg perlu dibayar demi mendapatkan sesuatu yg amat berharga iaitu PENGALAMAN..selepas ni aku harap aku tak ulang kesilapan dan kecuaian yg terjadi..

Friday, October 30, 2009

AROWANA


Cantikkan ikan ni..bg yg minat la..mcm aku..minat sgt dgn ikan ni..dulu aku penah bela..tp yg murah jela..pearl..student lg time tu..yg bestnya ikan ni cukup cpt membesar..sehari ke sehari blh nmpk pembesarannya..dlm 2 thn kot umurnya adala dlm 12inch..dia telah meninggalkan aku..sebabnya kecuaian aku tidak menukar air dlm tank..time tu aku stdy kat penang..ikan kat kg..masa aku blk ikan tu dah freeze dlm peti sbb mak aku simpankan utk aku tgk..hehe..at last ia mnjd santapan sang mioww..ada gak pekdahnya..skg aku msh mnyimpan hasrat nak bela lg..tgu la ada rezki..