Monday, November 16, 2009

KESIHATAN KAMBING 1





Kambing sakit
1.Monyok dan kelihatan tak bermaya.
2.Tidak mahu makan.
3.Mengasingkan diri
4.Mengembek.
5.Najis tidak bulat
6.Bulu meremang dan kering.
7.Kurus kering


Kambing sihat
1.Segak dan cergas
2.Berselera makan
3.Berada dlm kumpulan
4.Najis keras dan bulat.
5.Biasa.
6.Bulu berkilat dan licin
7.Tidak kurus.

PENYAKIT PURU
Contagious Ecthyma (Penyakit Puru)

Penyakit puru disebabkan oleh sejenis Virus.Ia biasanya menjangkiti anak kambing dan mengakibatkan anak kambing kurus dan lemah kerana susah untuk makan.
-Terdapat gelembung yang megandungi air pada bahagian kulit lembut,mulut,gusi dan juga bibir.
-Apabila gelembung pecah ia akan menjadi keruping dan kadang kala merekah berdarah.
-Selain dari bahagian mulut terdapat juga di bahagian kaki terutama di celah celah jari.


Pencegahan

1.Memberi Veksin kepada ternakan semasa berumur 3 minggu ke sebulan dan sekali lagi pada umur 3 ke 4 bulan selepas suntikan pertama.Veksin boleh di perolehi di Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
2.Mengasingkan anak kambing yang sudah kena penyakit untuk menjauhi dari gelembung yang nak pecah.
3.Pada ternakan yang berpenyakit,luka mestilah di bersihkan dan buangkan keruping sehingga bekas keruping berdarah.Sapukan dengan ioidine atau ‘Gentian Violet(Ubat Biru)


Rawatan

•Kikis keruping sehingga terkeluar dan berdarah
•Boleh digunakan Gentian Violet dan sapu pada kawasan yang dikikis tadi.
•Iodine dan Gusanex Spray boleh juga digunakan.
•Suntika antibiotik jika perlu.
•Ulangan sehingga sembuh


KEMBONG PERUT

Kembung(Tympany)

Kembung terjadi disebabkan pembesaran rumen dan retikulum kerana terdapat Gas(Angin)di Abdomen kiri. Keadaan ini disebabkan oleh bahan yang mengandungi tinggi nitrogen seperi baja yg banyak pada pasture,makan daun ubi, atau nangka terlalu banyak dan makan kekacang terlalu banyak.


Tanda Klinikal

•Mengeluarkan air liur
•Perut buncit terutama di sebelah kiri.
•Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk.
•Keadaan yang gelisah,mengembek dan kerap membuang kencing.
•Ternakan menjadi sesak nafas


Pencegahan

1.Membetulkan pengurusan seperti mengurangkan memberi kekacang dan bahan yang megandungi kandungan nitrogen tinggi.
2.Memelihara pedok supaya tidak lebih 50% tumbuhan kekacang.
3.Melebihkan pemberian rumput,
4.Jemur dahulu daun ubi sebelum memberi makan pada kambing.
5.Baja pedok ikut sukatan yg betul.

Rawatan

1.Memberi makan minyak kacang.
2.Minyak sayur/minyak jagung
3.Bloat Remedy.Dapatkan di Pej Haiwan atau Kedai Veterinar.
4.Tebuk perut di sebelah kiri di bahagian tiga segi degan menggunakan Troca canulla.
5.Hubungi jabatan haiwan untuk rawatan.


SELSEMA

Penyakit selesema(Pneumonia)

Batuk basah adalah tanda awal penyakit. Disebabkan serangan bakteria,ketika dlm keadaan stress seperti kesejukan, pengudaraan kurang baik


Tanda Klinikal
•Tak ceria dan mengasingkan diri
•Lemah dan tak berdaya.
•Menjadi kurus.
•Pernafasan cepat.
•Kadang kala bunyi batuk
•Bendalir keluar dari hidung(Hingus/Cecair/pekat)

Pencegahan.

1.Asingkan supaya tidak berjangkit.
2.Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab.
3.Elakkan tempias hujan di kandang.
4.Kurangkan jumlah kambing di petak.
5.Buang najis ternakan di bawah kandang

Rawatan

•Asingkan ternakan yang sakit.
•Anti stress dalam minuman.
•Suntikan antibiotik dan Ubatan berkaitan sistem pernafasan
•Tempatkan kambing dikawasan yang kering


CIRIT BIRIT

Diarrhoea (cirit-cirit)


Cirit birit ini munkin disebabkan oleh beberapa pekara seperti:
Penyakit
1.Cacing
2.Protozoa(koksidia)
3.Bacteria
4.Protozoa
5.Virus
Pengurusan
1.Makan terlebih
2.Kebersihan susu,alatan,pekerja
3.Bancuhan susu tak sesuai
4.Makanan tak sesuai
5Kekurangan copper dan cobalt
6.Keracunan.

Tanda tanda Klinikal

-Berak cair(Diarrheoa)
-Dhydration(Kekurangan Air)
-Sakit di bahagian Abdomen
-Septecaemia,Toxaemia
-Pyrexia(Suhu naik)
-Lemah dan lesu
-Anorexia(Kurang selera)
-Berat badan berkurangan.
-Kematian jika tidak diberi rawatan sesuai.


Perubahan kepada najis

-Keadaan najis-cair, lembik dan keras.
-Bau yang berlainan
-Perubahan warna najis-Merah, hitam,kuning,putih hijau,coklat dan lain2.
**Jika cirit disebabkan faktor pengurusan tiada terdapat perubahan suhu.sebaliknya jika disebabkan oleh mikroorganisma,maka terdapat perubahan pada suhu.

Cara membuat Diagnosa

penelitian tentang latar belakang kes serta pemeriksaan klinikal yang rapi terhadap ternakan.
-Keadaan perubahan kepada najis.
-Megambil contoh yang sesuai seperti calitan najis,kikisan rektal,serum dan sumber makanan.
-Kaitan perubahan suhu dengan cirit.

Rawatan

Memberi banyak air terutama yang megandungi glukus.
-Memberi ubat megurangkan cirit seperti koalin.
-ubat cacing.
-Memberi makanan yang betul
-Pengurusan kandang yang bersih.
-Pengunaan antibiotik yang sesuai.
-Pemberian cecair elektrolyte dgn kadar yang betul dgn dehydration.
-Ubat pembunuh protozoa.
-Memberi metabolic stimulant atau haematinic untuk megembalikan selera makan.
-Asingkan ternakan yang sakit.
-Memberti veksin eg salmonella,E.Coli veksin.










No comments:

Post a Comment