Cantikkan ikan ni..bg yg minat la..mcm aku..minat sgt dgn ikan ni..dulu aku penah bela..tp yg murah jela..pearl..student lg time tu..yg bestnya ikan ni cukup cpt membesar..sehari ke sehari blh nmpk pembesarannya..dlm 2 thn kot umurnya adala dlm 12inch..dia telah meninggalkan aku..sebabnya kecuaian aku tidak menukar air dlm tank..time tu aku stdy kat penang..ikan kat kg..masa aku blk ikan tu dah freeze dlm peti sbb mak aku simpankan utk aku tgk..hehe..at last ia mnjd santapan sang mioww..ada gak pekdahnya..skg aku msh mnyimpan hasrat nak bela lg..tgu la ada rezki..
Friday, October 30, 2009
Monday, October 26, 2009
CARA PEMILIHAN BAKA KAMBING
1.Cepat besar dan lambat matang.
2.Kecekapan penukaran makanan.
3.Mempunyai karkas nisbah yang tinggi.
4.Ketahanan terhadap stress, haba, kelembapan,parasit dan penyakit.
5.Kadar kelahiran tinggi.
2.Kecekapan penukaran makanan.
3.Mempunyai karkas nisbah yang tinggi.
4.Ketahanan terhadap stress, haba, kelembapan,parasit dan penyakit.
5.Kadar kelahiran tinggi.
Berasaskan:
1) Baka dan keturunan
2)Bentuk badan(Konformasi)
(a) Teknik pengamatan
(b) Teknik perabaan
(c) Teknik penilaian(Pemarkahan)
Berdasarkan Rekod Prestasi Induk Kambing.
(a)Berat lahir tinggi
(b)Kenaikan berat badan cepat
(c )Berat pada umur satu tahun
(d) Prestasi pengeluaran susu
(e)Jarak kelahiran rapat
- Cara pengamatan
-Cara perabaan
Perlu apabila bulu tebal untuk tentu
kepadatan isi dan kecacatan.
- Teknik berdasarkan penilaian(Gred)
Nilai diberi pada setiap bahagian badan
kepadatan isi dan kecacatan.
- Teknik berdasarkan penilaian(Gred)
Nilai diberi pada setiap bahagian badan
•Sifat jantan betina
•Kulit Lembut,pendek,licin sama
•bulu berkilat,tiada kulit
lebih bawah dagu
•Warna warna berbeza mengikut sama
Jenis
•Kepala Sederhana,bertanduk, sama
atau tidak,mata sinar
dagu sama rata
•Leher Tidak pjg,berdaging sama
•Dan bahu pejal
•Dada Bidang dan gempal sama
tunjukan paru2 yg
baik.
atau tidak,mata sinar
dagu sama rata
•Leher Tidak pjg,berdaging sama
•Dan bahu pejal
•Dada Bidang dan gempal sama
tunjukan paru2 yg
baik.
•Rangka Bulat dan sama besar,tulang rangka sama jarak tunjukan paru2 yg baik.
•Badan-Gempal panjang besar dan lurus
•Bahagian belakang-Lurus tegap,lebar berdaging penuh
•Kaki belakang-Tegap dan kukuh.Keduanya selari bila berdiri tegak.bila berjalan tidak meraut.peha lebar dan besar
•Kaki depan-lurus tegap dan teguh.keduanya selari
•kbg berdiri tegap,melangkah dgn baik.kuku pendek dan menghala kehadapan
•Buah zakar dan zakar-zakarnya baikdan boleh kendur dan kuncup.dua buah zakar.Tapak kaki-Rata dibawah .Zakar yg sama besar tergantung dgn baik.dan tidak terlalu besar atau kecil atau labuh.
•Tetek dan puting susu-teteknya besar dan tergantung tidak meleret.kulit lembut dan licin.pembuluh susu nyata dan tidak berketul ketul.dua putting yang sederhana dan menghala ke hadapan.
•Tabiat- Cergas garang dan gagah.
Sunday, October 18, 2009
13 TAN METRIK SEHEKTAR
Oleh NURUL HALAWATI AZHARI
Pesawah di Sekinchan, Selangor mampu menghasilkan 13 tan metrik padi sehektar. Apa rahsia mereka?
DI Sekinchan, sistem saliran yang membekalkan air dibuat pada setiap petak dan ini membolehkan setiap petak menerima jumlah air yang sama.
SEKINCHAN yang menjadi antara kawasan penanaman padi utama di Selangor kini boleh berbangga dengan keupayaannya menghasilkan padi sehingga 13 tan metrik untuk setiap satu hektar.
Bukan setakat itu sahaja, padi yang dihasilkan juga bermutu tinggi.
Berbanding dengan Kedah yang bergelar jelapang padi, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu merupakan antara negeri yang menghasilkan sebahagian besar padi tempatan dengan purata empat tan bagi setiap hektar.
Jumlah empat tan sehektar itu adalah purata bagi seluruh negara, namun di Selangor terutamanya pesawah di Sekinchan, hasil padi mereka mampu mencapai sehingga 13 tan metrik sehektar dengan kualiti padi yang amat baik.
Angka ini melebihi had minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu tujuh hingga lapan tan sehektar.
Oleh itu, timbul persoalan apakah yang membezakan keupayaan pesawah di kawasan ini berbanding pesawah di negeri lain?
Juga timbul persoalan sama ada pengeluaran padi boleh ditingkatkan dengan menambah keluasan bendang ataupun dengan memperkenalkan baka padi yang menjanjikan hasil yang tinggi?
Sekarang ini, keluasan sawah di seluruh negara ialah kira-kira 650,000 hektar.
Rahsia kejayaan petani Menurut Pengerusi Unit Peladang Sekinchan, Law Kok Choy, hasil yang tinggi banyak bergantung kepada cara pengurusan sawah.
"Walaupun memiliki sawah yang luas, infrastruktur serta sistem pengurusan yang tidak betul boleh menjejaskan hasil keluaran padi.
"Paling penting ialah sistem saliran yang dilaksanakan di kawasan Sekinchan dan kawasan sawah lain di Selangor. Saya berpendapat pesawah di sini memiliki sistem saliran yang terbaik dan sistematik," jelas beliau.
Secara keseluruhannya, sistem saliran yang membekalkan air dibuat pada setiap petak dan ini membolehkan setiap petak menerima jumlah air yang sama.
Berbanding di sesetengah tempat, pesawah hanya menggunakan satu tali air untuk mengairi beberapa petak sawah. Ini menyebabkan jumlah air yang diterima oleh petak yang terletak jauh dari tali air berkurang.
Selain itu, Law berpendapat kesediaan hampir 90 peratus penanam padi di kawasan itu menggunakan teknologi mesin transplan (penyemai) sejak empat tahun lalu juga menyumbang kepada peningkatan hasil padi mereka.
Walaupun teknologi dari Jepun dan Taiwan ini bukan baru di negara ini, tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya oleh pesawah.
Menurut Law, proses penghasilan anak padi jenis MR219 dilakukan di tapak semaian sebelum dipindahkan ke petak-petak sawah menggunakan mesin transplan.
Walaupun kosnya agak tinggi iaitu mencecah RM850 satu lot (1.2 hektar), hasil padinya lebih tinggi berbanding menanam menggunakan teknik tabur yang hanya menelan kos RM400.
"Jarak yang teratur iaitu 10 inci di antara satu rumpun dengan rumpun lain membolehkan cahaya matahari sampai hingga ke bahagian bawah secara sekata.
"Ia juga dapat mengelak daripada ancaman tikus dan serangga yang gemar bersembunyi di rumpun pokok yang terlalu rapat," jelas Law.
Sedia kongsi teknologiMenurut seorang lagi pesawah di Sekinchan, Yap Kang Pua, 65, jika pesawah hanya bergantung kepada 3T iaitu tabur, tunggu dan tuai sahaja, hasilnya adalah sekitar enam hingga tujuh tan metrik bagi satu lot.
"Pengurusan baja secara tepat dan berkala adalah langkah terbaik. Pesawah kena tahu teknik dan waktu yang paling tepat untuk menabur baja. Kita mesti letak baja yang cukup untuk hasilkan buah yang banyak.
"Ramai pesawah di sini menggunakan baja tambahan dan menampung perbelanjaan lebih daripada RM1,000 untuk membeli baja tambahan jenis Urea Campuran 15 dan baja buah. Barulah dapat hasil seperti ini," jelasnya.
Yap berpendapat pengeluaran padi di kawasan Sekinchan sudah mencapai tahap maksimum dan adalah mustahil bagi mereka untuk meningkatkan lagi hasil berdasarkan kemampuan yang ada.
Namun, Yap yang mengusahakan sehektar sawah berpendapat teknologi serta maklumat yang dimiliki oleh pesawah di Sekinchan dapat dikongsi dengan pesawah di negeri-negeri lain.
LAW KOK CHOY memberitahu padi Siraj boleh mengeluarkan kira-kira 400 biji padi pada satu tangkai.
Selain pesawah daripada masyarakat Cina, kaedah penanaman padi sedemikian turut diamalkan oleh pesawah-pesawah Melayu dan India yang bersempadan dengan mereka.
Perkongsian maklumat dan pemindahan teknologi berlaku secara tidak langsung apabila mereka mengambil upah meracun dan membaja bendang-bendang di Sekinchan.
"Ramai dalam kalangan pesawah di sini terdiri daripada mereka yang telah berusia 50 tahun ke atas. Bila sudah tua, tenaga pula semakin kurang. Hendak tabur racun dan benih pun tak larat. Jadi kenalah upah orang," jelas Yap.
Cara ini secara tidak langsung mendidik penduduk kampung di sekitar mempelajari teknik pesawah di kawasan itu yang kemudiannya dicuba di sawah mereka sendiri.
"Ini juga antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan hasil padi di Sekinchan dan mungkin boleh dicuba di tempat lain bagi menambah hasil padi negara," jelas Yap.
Cadang padi hibridSebagai pesawah yang telah lebih 30 tahun bergelumang dengan lumpur, Yap turut berpendapat penggunaan benih padi daripada jenis MR219, MR220 dan MR232 yang dibekalkan oleh Mardi mungkin perlu diperbaharui.
"Saya cadangkan padi hibrid jenis 'Siraj' diteruskan kerana ia bukan sahaja mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi malah bilangan biji juga lebih sekali ganda tinggi.
"Contohnya, satu tangkai padi benih biasa boleh menghasilkan kira-kira 200 biji padi manakala padi Siraj boleh mengeluarkan kira-kira 400 biji padi pada satu tangkai," ujarnya.
Cadangan Yap turut disokong oleh Law yang berpendapat hasil padi hibrid lebih tinggi dan kerajaan juga boleh menggunakan tanah-tanah terbiar di Malaysia bagi penanaman padi.
"Padi hibrid telah diusahakan di China sejak 30 tahun lalu. Kita pernah mencubanya sekali. Kali pertama hasilnya tidaklah tinggi sangat, tetapi kalau diteruskan, saya berpendapat ia satu cara untuk meningkatkan hasil keluaran padi," kata beliau.
Buat masa ini, Malaysia mengeluarkan 72 peratus daripada bekalan beras yang diperlukan bagi 27 juta penduduknya. Bekalan selebihnya diimport dari Thailand, Vietnam, Pakistan, China dan India.
Menjelang 2010, Malaysia dijangka mampu menghasilkan 90 peratus daripada beras yang diperlukannya. - Bernama
Saturday, October 17, 2009
Jenis-jenis kambing
TERBAHAGI KEPADA DUA
1.Kambing Pedaging
2.Lambing Tenusu/Daging
BOER
- Jurusan pedaging
- Warna putih dan coklat di
kawasan leher dan kepala
- Baka kacukan dengan kambing
European, angora dan indian.
- Bertanduk pada jantan dan betina.
- Sangat popular dimasa kini
Berat
Jantan – 110kg - 135kg
Betina - 90kg - 100kg
-Beranak 3 kali dalam masa 2 tahun
-Cepat matang- biasanya 6 bulan
-Untuk jantan dan 10 – 12 bulan
Untuk betina.
KAMBING KATJANG
Berasal dari Malaysia dan Indonesia
jurusan pedaging. Badan kecil dan
pendek, tanduk melentur keatas dan
kebelakang.
Telinga tegak kesisi , kambing jantan
mempunyai janggut jarang kepada
betina.
Warna bulu hitam, coklat, tompok-
tompok putih di kaki dan badan
Berat jantan dewasa 25 – 30 kg
Betina dewasa 20-25 kg.
Kelahiran kembar.
KAMBING KACUKAN
Adalah hasil perkawinan kambing
katjang dengan baka Anglo Nubian,
Jamnapari, Saanen, Toggenburg,
British Alpine dan juga sesama
kambing kacukan.
Biasa dilihat di kampung .
Tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri
mempunyai berat badan lebih
tinggi daripada kambing katjang
Berat ternakan bergantung pada
baka kambing yang digunakan.
HASIL DARIPADA KAMBING PEDAGING
Hasilan dari kambing pedaging adalah:-
1.Jualan Baka Pejantan
2.Jualan baka Betina
3.Jualan anak jantan untuk disembelih
4.Jualan anak betina untuk disembelih
5.Jualan induk tua.
6.Jualan kambing “cull”
7.Jualan baja dari tahi kambing
1.Jualan Baka Pejantan
2.Jualan baka Betina
3.Jualan anak jantan untuk disembelih
4.Jualan anak betina untuk disembelih
5.Jualan induk tua.
6.Jualan kambing “cull”
7.Jualan baja dari tahi kambing
KAMBING SAANEN(TENUSU)
Berasal daripada lembah Saanen
Switzerland
Bulu warna putih atau krim dengan
titik hitam di hidung , telinga dan
kelenjar susu.
Telinganya sederhana pjg dan tegak
Kesebelah dan kedepan , hidung
lurus muka berupa segitiga.
Ekor tipis dan pendek.
Jurusan tenusu
Penghasilan susu diantara 500 liter
Hingga 1200 liter dalam tempoh
250 hari ( purata 800 liter ) .
Berat dewasa.
Jantan 68 – 91 kg
Betina 36 – 63 kg
KAMBING TOGENBERG
Negara Asal – Toggenberg Valley
Switzerland.
Baka Susu yang Tertua. Terkenal
Dgn pembentukan ambing susu yg
terbaik. (ujian purata lemak 3.7)
Bersaiz sederhana,tegap,bertenaga,
Sentiasa “alert”.Kecil dari baka alpine.
Berbulu pendek atau sederhana panjang,
Lembut halus & rata.
Berbagai warna dari “light Fawn” ke perang gelap dgn tanda putih yang ketara.Telinga berwarna putih dgn tompokan gelap di bahagian tengah, dua jaluran putih di muka hingga ke muncung
Kaki belakang berwarna putih dari pergelangan kaki hingga ke tapak sama seperti kaki depan.prestasi baik di tempat
Sejuk.
Berat
Jantan – sekurang kurangnya 50kg
Betina - 45kg
KAMBING JAMNAPARI(DWIGUNA)
Jamnapari berasal dari India
Dwiguna pedaging dan susu.
Pandangan dari sisi
menunjukan muka yang
Cembung, telinga yang
panjang melampai kebawah.
bulu bewarna campuran hitam
dan kekuningan
Berat Dewasa
Jantan : 68 – 91 kg
Betina : 36 – 63 kg
Digunakan secara meluas
untuk memperbaiki mutu
kambing tempatan
ANGLO NUBIAN(DWIGUNA)
Anglo Nubian mempunyai sifat
baka” Zariby “ ( Nubian ) dari
Mesir dan baka jamnapari dari
India .
Tahan lasak, sesuai dengan
alam sekitar.
Dwiguna pedaging dan tenusu
hidung besar melengkung
kebawah, telinga yang
panjang melampai kebawah.
Tidak mempunyai tanduk
warna bulu colat kemerahan
coklat putih , warna gelap
atau kombinasi warna tersebur
Berat dewasa
jantan 70-85 kg
betina 55-70 kg
HASIL DARI KAMBING TENUSU
1.Jualan susu kambing
2.Jualan baka jantan kambing
3.Jualan baka betina kambing
4.Jualan anak jantan untuk disembelih
5.Jualan anak betina untuk disembelih
6.Jualan induk tua
7.Jualan kambing “cull”
8.Jualan baja dari tahi kambing
Friday, October 16, 2009
Thursday, October 15, 2009
Salam perkenalan
salam, tanggal 15 okt 2009 jam 8.50pm terdaftarlah blog ni..tujuannya simple..untuk berkongsi ilmu,pengalaman,petua dsb berkaitan dua bidang yg aku ceburi..kambing dan padi..utk info semua aku usahakan 3 ekar sawah dan ada 7 ekor kambing kampung..
harapnya adalah yg sudi berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg ada demi melestarikan impian dlm bidang yg kita minati..
lain2 info semasa dan apa yg sewaktu denganny juga blhlah dikongsikan..
harapnya adalah yg sudi berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg ada demi melestarikan impian dlm bidang yg kita minati..
lain2 info semasa dan apa yg sewaktu denganny juga blhlah dikongsikan..
Subscribe to:
Posts (Atom)